Saturday, January 21, 2012

Post Exam




Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah thummalhamdulilLah! Kertas peperiksaan terakhir untuk tahun terakhir di universiti berakhir semalam. Yang ditunggu - tunggu, penuh mendebarkan. Hari - hari yang dilalui bagaikan nak ambil peperiksaan SPM, menentukan masa depan kehidupan. Walhal bukanlah apa sangat pun, sekadar menguji pembelajaran yang telah dipelajari. Allahu Allah. Semuanya tawakkal pada Allah sahaja sepenuhnya. We do our best, Allah will do the rest. Moga Najah semuanya.


Pemandangan dari bilik karel (bilik study perseorangan)
The most favourable place! Hujan menenangkan.



Untuk kertas terakhir tadqiq As-Sharie (Audit Shariah) , yang jaraknya 1hari, saya membawa diri ke kampus untuk kali terakhir. Menikmati hari - hari akhir di kampus yang sekian lama saya duduki untuk menimba ilmu. Membawa diri ke fakulti sendiri, malangnya hampir semua kelas penuh, saya menyelit sebentar di bilik pelajar sarjana, akhirnya saya kesegenan dan membawa diri pula ke perpustakaan. Wah! Ramainya orang harini, semua berlumba membeli buku sempena pelajar IPT mendapat voucher RM200 1 Malaysia! Saya tabahkan hati untuk berjuang menghadapi kertas terakhir di mana hanya beberapa fakulti sahaja ada. Ramai yang dah habis pada hari sebelumnya. Akhirnya saya membawa diri hingga ke malam, tabah sungguh! AlhamdulilLah, Allah jua lah yang meminjamkan kekuatan pada diri ini hingga ke akhirnya.


The most favourite chocolate! Thank you si pemberi , terharu :')



Pertama kali saya rasakan berdebar yang teramat untuk menduduki peperiksaan kali ini , selepas SPM dahulu. Setiap hari risau walaupun air muka tidak menampakkan kerisauan apa pun. Lagipula bertambah dengan title menumpang berteduh di gua kahfi akhawats sekalian, naik segan dibuatnya. Jazakumullahukhayran katheera semua, hanya Allah mampu membalas jasa kalian. Ayat Klise. 

Malam semalam, terus saya pulang ke Gombak. Hati meraung - raung (eh?) rindukan baiti jannati. Penat usah kata, habis exam jam 6 petang. Tapi ceria bersama akhawat yang dikasihi , ramai yang sedang berkemas barang - barang untuk pulang selamanya di kampung halaman masing - masing. 

Lebih Empat tahun.

Pejam celik, sedar tidak sedar lebih dari empat tahun saya di USIM. Termasuklah setahun tamhidi(asasi) di sana. Suka duka, nangis tawa, riang ria dan semuanya termasuk dalam satu acuan dari hidup di rumah , berpindah ke asrama, belajar menjadi insan yang berguna untuk agama dan negara. Berpindah pula ke rumah sewa, dengan hajat di hati untuk lebih berdikari, mempelajari skill-skill rumahtangga. Alhamdulillah, biarpun tidak banyak, tapi berguna. 

Belajar mengenal erti persahabatan. Mencari teman sejati tidak semudah membeli makanan drive thru. Heh. Tidak juga semudah touch n go. Dari menjadi seorang kawan biasa, mengenal hatinya, mendalami akhlaknya. Semuanya tidak mudah jika hanya bersapa di dalam dewan kuliah sahaja. Cuba duduk serumah, pasti semuanya anda akan ketahui. Namun, kuncinya hanyalah dengan toleransi dan tidak berkira. Serta agama menjadi keutamaan dalam mendidik akhlak yang baik. Bukan mudah, bukan sehari dua tapi bertahun lamanya. Berbeza pendapat itu perkara biasa. Maka, perlulah salah seorang bertolak ansur atau berdiam diri. Selalu terfikir, ini baru bersama sahabat yang sama jantina, kalau dah kahwin nanti, berlainan jantina lagilah kena faham. Kalau tidak, aku buat ni, kau buat tu. Akhirnya, tiada kesudahan. Oh, ini membuatkan saya teringat pada buku men are from mars, women are from venus. Memang betul. Dan itu kan memang sudah Allah nyatakan dalam ayat-ayat cintaNya? Jadi, perlu cari titik persamaan. Bukan titik perbezaan. Mereka juga manusia, takkan lari dari membuat kesilapan, hatta ikhwah akhawat sekali pun. Berlapang dada lah :)


Nips selalu menjadi teman di kala suka dan duka terutama exam.
 Jzkk yang sudi memberi :')




Namun, dalam berlapang dada, nasihatilah yang mana perlu. Jangan biarkan mereka hanyut. Begitu juga kita, jika ada yang ditegur, cuba untuk berlapang dada walaupun pahit. Memang pahit, lebih pahit dari kopi. Heh.

Tahun akhir ini baru saya jumpa sahabat yang benar - benar dekat di hati saya. Saya pun dah lupa macamana kami boleh rapat. Biarpun siapa dia, i'M proud of you. Perubahan dia membuatkan saya terharu, yang pastinya kerana Allah semata. Moga terus istiqamah, ukhti habibaty. Saya mahu hadiahkan dia sesuatu. Moga menjadi kenang - kenangan antara kita. Sedih dia akan berpraktikal jauh dari saya.(eh masih Malaysia lagi!) . Namun tidak mengapa, Allah ada untuk menjagamu. Jaga diri, jaga iman ukhti :')


Books to read! ;)






Next - Review buku Cinta Suci Zahrana. Orang bagi di Bandung bulan 6 dulu , tapi baru tergerak nak baca waktu exam ;D


"jadikanlah dirimu mawar yang menyeri & menguntum di jalan dakwah & biarkanlah mawar itu terpaksa melukai tangan-tangan utk merasai harumnya kasih Allah"

2 comments:

Al Faqir Rabi'ah Al 'Adaweeyah said...

hihi..

mampu senyum jer.. ;)))

Khazinatul_Asrar said...

k.Wee,
Senyum bermakna kah? :P