Bumi Khalifah : Part 2
Bismillahirrahmanirrahim...
[Catatan ini untuk masa hadapan saya, dan mungkin untuk bakal anak-anak saya kelak. Jika anda tidak berminat untuk membaca, tidak mengapa :)]
Hari kedua jaulah, seperti yang saya katakan, orang Mesir agak terkejut melihat saya di situ. Berjaya juga saya nak buat "suprise" padanya. Selesai mengambilnya, kami terus pulang ke hotel. Perjalanan hari itu tidak ada apa yang menarik kerana hari sudah gelap, untuk makluman, musim sejuk ini, malamnya lebih panjang. Jadinya, jam 4petang dah gelap. Kami pulang ke hotel dan berehat. Malamnya selepas isyak, jam 8 malam kami keluar ke bandar (taksim) , umpama Jalan TAR di Malaysia lah juga.

Esoknya adalah hari kemuncak perjalanan kami. Saya mengatur semua perjalanan. Sejarah bumi Turki itu harus saya dahulukan dari segala shopping yang tidaklah begitu menarik perhatian. Sedih bila tiada buku yang saya cari untuk dijadikan panduan sepanjang perjalanan di sana, iaitu buku travelog bumi khalifah tulisan Jhaz Kitaro. Kalau anda berhasrat untuk ke sana kelak, cari dan beli lah buku itu ya. Supaya perjalanan kita lebih bermakna dan tidak sia - sia. Saya jenis orang yang suka tahu sedikit sebanyak tentang negara yang akan saya lawati. Dari segi bahasanya, budayanya, agamanya, makanan utamanya dan yang paling saya suka ialah sejarahnya. Lebih - lebih lagi jika ke negara seperti ini. Terlalu banyak sejarah yang perlu dirungkai dan diteladani. Akhirnya buku Kamal Attaturk yang menjadi ganti walaupun tidaklah banyak yang saya dapat, tapi dengan adanya buku itu sedikit sebanyak saya dapat tahu mengapa Turki menjadi begitu sehingga hari ini selepas pemerintahan Sultan Mohd Al-Fateh.
Terima kasih juga pada sahabat saya yang pernah pergi ke sana dan dia mengambil gambar-gambar petikan dari buku yang saya mahukan itu, dan itulah yang menjadi rujukan saya. Dan hari itu, kami menapak keluar dari hotel jam 9 pagi menaiki teksi kerana jauhnya tempat - tempat sejarah dari hotel kami ialah sekitar 40 minit. Istanbul ni berbukit bukau tempatnya. Jadi, perjalanannya agak jauh sedikit. Tapi biasanya kalau pergi dengan travel agen, anda akan tinggal di tempat yang dekat dengan tempat - tempat sejarah seperti ini.

Selepas sarapan pagi, kami terus menapak ke tempat pertama yang kami jumpa iaitu Topikapi Palace iaitu Istana lama pemerintahan Sultan dahulu kala. Tempatnya teramat luas. Dan hanya berjalan kaki untuk ke dalamnya. Agaknya luasnya seperti KUIS mungkin. Tiket berharga 20TL(Turki Lira) seorang. Banyak tinggalan sejarah yang ada di situ, ala - ala muzium barang - barang Sultan dahulu la. Tempatnya cantik, berlatar belakangkan Selat bosphorus. Angin kuat di kala musim sejuk ini. Hampir dua jam kami disitu.

Destinasi kedua kami ialah Hagia Sophia atau Aya sofia. Sejarahnya begini, dahulu sebelum pemerintahan Sultan Mohd Al-Fateh, ianya adaah sebuah gereja,namun apabila pemerintahan bertukar kepada Al-Fateh, beliau menukarkannya menjadi masjid Aya Sofia. Dan menyedihkan apabila datangnya Kamal Attaturk yang menggulingkan sistem pemerintahan Sultan yang dikatakan semakin lemah, beliau menukarkan Masjid Aya Sofia tadi menjadi muzium pula. Tiada lagi yang boleh solat di situ. Hanya menjadi sebuah muzium sehingga detik ini. Jika di lihat, terdapat nama Allah dan Rasulullah serta beberapa nama sahabat di dalamnya, saya kurang pasti kenapa. Mungkin ada sejarahnya. Namun , jika diamati betul - betul, atas daripada nama Allah dan Rasulullah, ialah gambar St. Marry. Erm, mungkin kerana ianya sebuah gereja dahulu? Wallahua'lam. Seni - seni di Turki ini terlalu cantik jika diamati. Kebanyakannya hasil dari tangan mereka sendiri.

Seterusnya kami ke tempat yang wajib dikunjungi jika berkunjung ke Istanbul. Tidak lengkap rasanya jika tidak mengunjungi tempat ini. Ianya ialah Masjid Sultan Ahmet I . Blue Mosque ini dibina berhampiran dengan Muzium Aya Sofia , lebih kurang 5km. Masjid ini dikatakan unik kerana mempunyai 6 menara berbanding masjid - masjid lain di sekitarnya. Ditambah lagi dengan interiornya yang berlantaikan tile biru dan kini apabila dipasang karpet, ianya juga mempunyai warna biru. Ada sumber yang mengatakan, beliau mencipta masjid ini kerana ingin menandingi Masjid Aya Sofia. Sejauh mana kebenarannya, wallahua'lam. Sultan Ahmet I (Al-Fateh) ketika itu baru berusia 19 tahun memerintah Constantinople (nama lama Istanbul). Sejarah pemerintahannya sangat berbeza dengan pemerintahan sultan - sultan sebelumnya. Sehinggakan beliau mampu meluaskan empayar Turki secara lebih meluas. Akhlaknya yang sungguh mengagumkan menyebabkan rakyat amat menyayanginya. Saya dan keluarga sempat bersolat jamak qasar di masjid ini. Tenang biarpun terpaksa mengambil wudhu' sehingga hampir beku tangan ini. Sejuk yang teramat ditambah air yang sejuk. Subhanallah.
Perjalanan ke tiga tempat bersejarah ini cukup memberi inspirasi pada diri. Terlalu banyak usaha penyebaran agama Islam di serata dunia. Teringat detik jatuh bangun Islam di empayar itu. Dan kini, dengan jiwa- jiwa hammasah dalam diri setiap Da'ie untuk menyebarkan Islam di tempat masing - masing. Dan kita takkan boleh lupa bilamana Islam pernah dijulang di suatu ketika dahulu. Gemilangnya!
Ali-Imran , ayat 103. Janji Allah itu pasti. Islam pasti akan gemilang kembali kelak. Bila? Usah ditanya. Tanya pada diri kita, apa tindakan yang telah kita lakukan? Dakwah ini bukan on - off , tetapi dakwah ini perlukan insan-insan yang komited. Semoga kita terus thabat di Jalan Dakwah ini.
Together we bring back glory of Islam!
Saya teringin menyelusuri sejarah di Spain pula. Bila dan dengan siapa? Wallahua'lam .Yang pastinya bukan seorang diri lagi, selepas peristiwa Teksi Putih , saya telah tidak dibenarkan untuk pergi tanpa teman atau ahli keluarga. sobs*
#1 : Baru terjumpa prepaid yang beli time daurah haritu(2weeks ago kot). Huhu. How I miss daurah T_T
#2 : Mulanya ingat nak buat lagi satu part tapi macam tak kan ada je? Entah la.
"jadikanlah dirimu mawar yang menyeri & menguntum di jalan dakwah & biarkanlah mawar itu terpaksa melukai tangan-tangan utk merasai harumnya kasih Allah"
1 comments:
Assalamualaikum :)
Alhamdulilah...seronok lihat negara org lain kan? Budaya hidup, agama, sejarah dan macam2 lagi.
Suami akak dah pernah sampai sana juga, dia kata sana mmg menarik! Akak tak ada rezeki nak ikut sbb masa tu tgh pregnant. Owh...jelesnya :)
Post a Comment