Bismillahirrahmanirrahim...
Kekok rasa nya nak menulis di sini. Hampir sebulan tak update blog. Banyak yang terjadi dalam masa yang singkat tapi terasa seperti lama.
Ujian datang silih berganti,Pastinya DIA tahu apa yang terbaik buat diri ini,Dengan penuh rasa malu dan rendah diri memohon itu dan ini padaNya,Kenapa?Terpaksa.
Kenapa terpaksa?Kerana aku sedar, aku hanya HAMBANYA.Tidak ada yang lebih dari itu.
Bila sedar diri ini adalah HAMBANYA, Tiada apa lagi yang mampu ku ucap melainkan AlhamdulilLah atas segala kurniaannya.DIA lah yang menyedarkan aku dari kelalaian ini. Akhirnya aku redha dan rela , tidak lagi ada rasa keterpaksaan itu.Jauh di sudut hati merasa sangat - amat bersyukur,Kerana DIA ada dan masih mahu memandangku yang hina ini.
Sungguhlah, tanpa DIA, siapalah aku ini.Tiada ketenangan lain yang mampu digapai melainkan dengan mengingatiNya.
Allahu Allah...
Mukmin yang beriman ialah mukmin yang tidak akan jatuh ke tempat yang sama untuk kali kedua. Do'akan saya! :)

Nota kaki 1 : Jazakumullahu khayran katheeeeeeera pada akhawats, sahabat - sahabat kelas yang banyakkkk sangat membantu saya. Huhu, mereka banyak membantu diri ini ketika mama dan abah tiada di sisi. Hanya Allah mampu membalas jasa kalian.
Nota kaki 2 : AlhamdulilLah, si Qawiyy al-Fatih (kereta yg Allah bagi pinjam) dah sihat! Moga pemandunya juga sihat iman dan amal seperti dulu.
"jadikanlah dirimu mawar yang menyeri & menguntum di jalan dakwah & biarkanlah mawar itu terpaksa melukai tangan-tangan utk merasai harumnya kasih Allah"
0 comments:
Post a Comment