Saturday, September 10, 2011

Kita dan Mereka


Bismillahirrahmanirrahim...

Lama bercuti daripada menulis di blog. Ya, seperti yang dijanjikan di post lalu, sebelum ramadhan. Susah juga ya bila dah berhenti , dan nak mula semula. Perlukan banyak mujahadah. Heh.

Bagaimana Ramadhan 1432h kita? Saya terutamanya. Banyak dan sangat banyak yang saya pelajari! Ada janji yang dapat saya kotakan dan ada janji yang saya tidak dapat kotakan kerana sebab - sebab tertentu. Contohnya dalam post sebelum ini saya berhasrat untuk berpuasa facebook sepanjang ramadhan. Ternyata kelihatan awalnya mudah tetapi saya tewas juga akhirnya apabila jarak perhubungan antara Kemboja dan Malaysia adalah jauh dan itulah satu - satunya medium untuk saya menghubungi keluarga tatkala berada di sana. Tercabar juga saya pada awalnya. Hati berkeras tidak mahu, hampir dua hari saya tidak berFB juga setelah tiba di sana. Mulanya ingat nak beli sim card sana, tapi tak terbeli. Bukan mudah bekerjasama dengan manusia lagi - lagi berlawanan jenis, titik. Akhirnya saya terpaksa menulis di wall abah untuk menyatakan yang saya sudah selamat tiba di Kemboja setelah 2 hari di sana. Maafkan saya abah. Kredit saya tak banyak dan untuk hantar memerlukan RM2 satu sms. Jadi saya perlu berjimat. AlhamdulilLah wifi free, jadi saya terpaksa juga buka FB untuk memaklumkan pada keluarga tentang keadaan saya di sana.

Ramadhan kita di Malaysia, Ramadhan mereka di Kemboja.

Jauh, sungguh jauh bezanya! Kalau kita di sini, hendak berbuka saja penuh satu meja makanan sampai tak muat meja pun ada juga. Mereka? Seadanya. Mereka sangat menghargai keberadaan kami di sana, kata mereka , jarang orang nak datang bulan ramadhan di sana. Mungkin satu dalam 1000. AlhamdulilLah. Bukan untuk dibangga. Puji - pujian dikembalikan padaNya. Bukan mudah untuk memasuki kampung - kampung Muslim di sana, jauhnya dari bandar 5 jam. Pinggir bandar sungguh lah. Pekerjaan? Usah di kata, ada yang bekerja, ada yang tidak. Kalau ada saja tetamu yang datang, pasti mereka akan berkerumun. Bukan jakun, jauh sekali meminta. Tapi mereka menghargai kita.

Kalau bab makan, usah cerita lah. Dilayan seperti raja. Biarpun mereka susah macam mana pun, mereka akan berusaha memberikan yang terbaik buat tetamu yang hadir. AlhamdulilLah, kami pergi ke tiga buah kampung dan dua buah madrasah, dan membuat korban aqiqah di sana. Pelbagai jenis masakan juga dipelajari ! Seronok. Adakalanya bercakap bagaikan ayam dan itik kerana mereka kebanyakannya menggunakan bahasa melayu champa iaitu bahasa melayu lama. Syukur ada yang faham bahasa melayu kami , dia lah menjadi translator kami ke mana sahaja. Terima kasih daun keladi :)

Syukur, syukur dan syukur. Ramai dari kita dan saya sendiri adakalanya kurang bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Cuba lah bandingkan dengan keadaan mereka yang tidak ada apa seperti kita hari ini. Mungkin kita lupa, dahulunya kita juga begitu. Tak ada orang lahir yang terus jadi kaya raya , hidup senang lenang. Kalau ada pun, cuba kaji salah silah keluarga kita. Pastinya ada, jadi bersyukurlah! Berhentilah merungut. Peringatan ini juga untuk diri saya , manusia juga mudah lupa dan harus sering diingatkan tapi jangan mudah melenting apabila diingatkan walaupun beza umur kita jauh, namun biarlah berhikmah dalam menegur.



Ramadhan lalu terlalu banyak mengajar dan belajar. Moga ilmu yang diperoleh tidak di sia - sia kan begitu sahaja. Ya, MOMENTUM ramadhan perlu dan wajib ada setiap hari. Setiap hari dibulan ramadhan, contohnya kita mesti ada aim harini nak habiskan berapa juzu' AQ, lepas ramadhan pun kena macamtu juga. Baru konsisten! Penilaian sebenar diri kita adalah selepas ramadhan. Memang benar. Kalau waktu ramadhan boleh tahan lapar dahaga, boleh tahan nafsu , boleh jaga mata dan sebagainya. Cuba waktu selepas ramadhan, Allahu Akbar! Moga kita semua tergolong dalam orang - orang yang bertaqwa selamanya inshaAllah. Ya, dalam apa jua keadaan, MUJAHADAH itu penting.

Semester baru.

Sedar tak sedar. Ayat skema nak masuk sem baru. Memang macam tak percaya pun ada, dah semester 7 dan tahun akhir di USIM. Isnin ini saya bakal memulakan pengajian kembali setelah tiga bulan bercuti. Sedang membiasakan diri tidur awal dan bangun awal pagi , lebih awal dari biasa kerana semester ini saya berulang dari Gombak ke Nilai. Moga Allah permudahkan semuanya. Ramai yang tanya , kenapa dan tak jauh ke? Heh, tak apalah, asalkan saya dapat menemani mak saya daripada kesunyian , sekurang - kurangnya bilik - bilik di rumah ini berpenghuni :) . Semester 7 merupakan semester terakhir saya di kampus USIM kerana pada semester 8 nanti kami akan berpraktikal (tak tahu lagi tempat di mana) dan selepas itu akan terus graduasi, inshaAllah. Do'akan saya moga dipermudahkan semuanya. Tak sabar nak habis belajar tapi saya mesti akan merinduinya dan siapa sangka saya sudah terfikir untuk menyambung Master. Huhu. Tapi itu semua masih dalam pertimbangan. Saya nak selesaikan suatu yang wajib dulu kalau diizinkanNya. Kata orang, biar berperingkat peringkat ;)


"jadikanlah dirimu mawar yang menyeri & menguntum di jalan dakwah & biarkanlah mawar itu terpaksa melukai tangan-tangan utk merasai harumnya kasih Allah"

2 comments:

chik shiti said...

salam.mcm mana syazana boleh join p kemboja?

Khazinatul_Asrar said...

chik shiti,

Wsalam wbt.
Ni salah satu project tahun akhir kami :)