Wednesday, July 6, 2011

The Eleventh Hour


Bismillahirrahmanirrahim...


Orang kata, sekali terdetik nak buat kebaikan, jangan pernah tangguh. Kalau tangguh, ada dua kemungkinan berlaku. Sama ada akan terus buat kebaikan atau meninggalkannya.

Sama macam bila sekali terasa disapa hidayah dari Allah (mungkin complex) , teruslah membuka jalan untuk hidayah itu terus masuk ke dalam hati dan kekal didalamnya. Moga ianya lunak dengan kebaikan - kebaikan yang akan terhasil dek sapaan hidayah tersebut.

Bukan mudah.

Bukan semua orang dapat.

Hanya yang terpilih.

Sungguh!

Hati - hati ni Allah yang pegang.

Maka , pentinglah berdampingan dengan orang - orang soleh. Moga tempiasnya terkena pada kita, tak banyak , sikit pun jadi lah. Mana tahu dapat tampung tiket paling mahal seantero dunia , syurga al-a'la(paling tinggi).

Serius.

Sekali kita tutup atau buat tak endah dengan sapaan hidayah itu, mungkin selamanya kita akan berada di dalam tempat paling murah abad ini, neraka jahannam!
Na'uzubillahimin zalik.

Kalau dah niat nak bangun qiam, set alarm bukan main, tapi tangan tak sedar terus tekan butang stop. Haih, apa lah gunanya gadget mahal - mahal ni. Grrr >__<''




check in, check out.

Man who decides to change on 12th hours , dies on 11th.

*sigh*

Moga kita semua dimatikan dalam keadaan husnul khotimah dan Islam. Ameen~


Mode : Inspirasi hati. Hampir habis membaca Contengan Jalanan , Hlovate. Rasa nak pergi backpacking lah!


"jadikanlah dirimu mawar yang menyeri & menguntum di jalan dakwah & biarkanlah mawar itu terpaksa melukai tangan-tangan utk merasai harumnya kasih Allah"

1 comments:

hanimyusra said...

betul2..
bile hati rase sangat baik tuh..
kene cepat2 fokus supaya tak hilang perasaan tuh..
kene bersegera buat kebaikan tuh..
kalau tidak ade je syaitan yang ingin ambil kesempatan mahu merosakkan anak adam....hurmm...