Bismillahirrahmanirrahim...
IAlhamdulillah, dah memulakan praktikal di Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan. Dah 5 hari bekerja sebagai pelatih. Sangat bersyukur dapat praktikal di sini , suasana yang terjaga, office mate yang peramah dan tidak kedekut ilmu, dan semua pekerja di situ dari atas tingkat 6 hingga ke bawah sangat friendly. Tidak keseorangan, ada seorang pelajar dari DQ yang juga belajar bawah pentadbiran USIM serta beberapa trainee dari IPTS lain. Kata CEO , pertama kali dia ambil pelajar kursus pentadbiran mu'amalat. Alhamdulillah. Suasana atau biah solehah sangat penting bagi menjaga stamina iman. Bila lupa, ada yang mengingatkan. Solat jemaah bersama di tingkat 7 setiap hari bekerja :'). Moga semuanya lancar selama lebih dari 4bulan di sini. Mohon do'akan. Niat selalu , bekerja sebagai ibadah, semoga ianya diganjari pahala dan seronok bekerja, pesan seorang pegawai.
IISihat itu anugerah yang tidak terhingga dikurniakan oleh Allah pada hambaNya. Bila sakit, risau diri cepat mengeluh. Itulah manusia, cepat lupa. Allahu Allah... Dan bila menjalani rawatan susulan, biarpun sakit sehingga adakalanya menitiskan air mata, namun dah set kan dalam minda supaya kena tahan sakit ni sikit sebab nak pulihkan semula amanah - amanah yang Allah berikan yang kurang dijaga sebaiknya. Khilaf, moga diampunkan segala dosa. Jaga lah kesihatan, kerana itu adalah amanah yang diberikanNya. Mahu sihat seperti orang lain, yang boleh buat kerja itu dan ini tanpa perlu fikir dua kali dan efek pada diri. Huu.
IIISyukur atas segalanya. Mari kita didik hati supaya lebih lunak untuk bersyukur tanpa ada perkataan 'tapi' selepas itu. Selalu konflik dalam diri kita kan? Contohnya , alhamdulillah, syukur dapat suami yang soleh, tapi kalau hafaz Al-Quran kan bagus. Maka, kurang sikit erti syukur sebenar di situ. Kenapa? Sebab masih belum syukur 100%, masih ada tapinya... Allah, lunakkanlah hati kami untuk bersyukur padaMu.
p/s : Sesiapa nak bayar zakat pendapatan, zakat emas dan zakat perniagaan boleh la. Nak minta kirakan dulu pun boleh ;). Nisab tahun ini RM12,600.
"jadikanlah dirimu mawar yang menyeri & menguntum di jalan dakwah & biarkanlah mawar itu terpaksa melukai tangan-tangan utk merasai harumnya kasih Allah"